31 August 2008

Selamat Hari Kemerdekaan ke 51 Malaysia!

Salam...

Tanggal 31 ogos 2008 genap Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 51....semoga Malaysia terus kekal aman dan makmur.....
Selamat Hari Merdeka!!!!!!!

30 August 2008

Bajet 2009 - Bajet Prihatin


Petikan dari Utusan Malaysia-300808

Ini antara kandungan Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM semalam....time Pak Lah bentangkan...i ade kat Parlimen gak tau....:)

Jaringan keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.

Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.

* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman kerajaan.

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.

* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.

Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.

* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.

* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.

* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.

Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.

Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus kepada lima peratus hingga 30 peratus.

Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008.

P/S: Kakitangan awam dapat bonus tahun ni...alhamdulillah aku pun dapat!!!!!!

28 August 2008

Sok last day kat Utusan...


Salam...


Diam x diam..dah 3 minggu aku kat utusan..yela,ari tu aku tulis blog di hari2 awal aku kat sana...ni plak di hari2 akhir...rase kejap plak...maybe sbb aku dapat g event yang semuanye best2 kot....thanx bos bagi aku rase g event best2...dapat goodies macam2..tinggal sehari je lagi...lepas ni masuk opis balik..minggu depan pun dah start puase...jem la KL!!!!

Jem di KL

Camni la gayenye...kete x gerak2....sabo je la..

Salam...

Semalam petang aku g event Datuk Noraini kat KLCC...Balik je ujan punye la lebat..kalo kat KL ni start je ujan confem jem le....ni apatah lagi ujan punye la lebattttt......so...ape lagi JEMMMMM!!!!!Memula ingt nak masuk opis....memandangkan jem punyela teruk..terus xjadi masuk opis dh...balik shah alam terusla nampaknye..yela,dari kul 6 smpi kul 8 mengharung jem..mau x geramm..last2 shah alam le ape lagi!!!:)

17 August 2008

MAHA 2008


nenas pun ade...

panas ke???

cantik kan??

macam2 ade....

Dendrobium Datin Seri Jeanne

sebelum nak gerak posing dlu....

Salam..

tugas baru kat utusan bagi aku chance utk ke MAHA 2008....Best gak gi sane..macam2 ade........aku g sane pun sbb g event istri PM rasmikan orkid sempena namanya...sambil tu dah alang2 g sane kite ronde2 la skali.....layan je la gambar kat sane ek....

13 August 2008

start latihan kat utusan...

salam...

aku start lapor diri kat utusan 11 ogos ari tu smpai 29 ogos ni..stakat ni dah 3 hari dah keje situ...bermakna dah 3 event aku ikot diorg cover...ntahla...stakat ni bagi aku memang mencabar la keje sbagai wartawan,mybe aku pun baru lagi kat situ...tp stakat ni banyak gak bende aku baru tau..
apepun aku memang salute la ngan wartawan2 yang kerja kat agensi2 media ni terutamanya utusan...teruskan perjuangan anda dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini kepada rakyat malaysia!!!!!

09 August 2008

Sukan Olimpik di Beijing China...


Fuwa (bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008.Kat atas tu salah satu jenis dari 5 jenis maskot tu...

INFO MENGENAI SUKAN OLIMPIK 2008

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas...

Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) akan diadakan pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Upacara perasmian akan bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing, Beijing, Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), iaitu satu kependekan bagi bandar raya Beijing. Sukan Beijing 2008 mempunyai lima maskot, yang dipanggil "Fuwa", dan melambangkan kelima-lima warna logo Olimpik.

Salam...
sekarang ni kan tengah hangat sukan Olimpik kat Beijing China...Kontijen Malaysia seramai 33 orang tu harap dapat mengharumkan nama negara kan......yela..satu emas=RM 1 JUTA....moga2 dapat membakar semangat kontijen kite untuk mencipta dan mengharumkan nama Malaysia....

08 August 2008

Cedapnye JCo Donut..............

sebelum mamam amik gambar dlu...

cedapnyeee...

punye la ramai org beratur...sanggup tu..i pun ape kurangnye...hihihi..

time bayar...tp tu bukan i punye ek..

salam..

hari jumaat...time rehat kalo g Pavillion..x sah kalao x beli JCo Donut yg sedapp sgt tu...ntah ape yang buat sedap ntah..sampai orang beratur punyela panjang...tp bile ingt donut sedap tu..aku pun tetap join skali line up.....asalkan dapat mamam donut cedappp...sanggup tuuu..........hehheheehhehe..

07 August 2008

Saje nak kongsi dengan u all....

ade kaitan ke gambar ni ngan tajuk entry ni??huhuhu...

Artikel dipetik dari Harian Metro-Mengenali keikhlasan si dia...
  • Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda.
  • Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.
  • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
  • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya. Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
  • Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
  • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.
  • Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
  • Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
  • Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.
  • Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!
  • Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
  • Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.

di sini ku berjanji?????

Di sini ku berjanji
Setia ke akhir nanti
Berhias ceria atau bias duka
Engkau tetap ku cinta


Di taman syurga ini
Segalanya berakhir
Gugurnya cempaka
Harumnya berlalu
Dan tinggallah ku sendiri

Lagi dihina
Sedang hatiku masih terluka
Kau bukan seperti
Yang aku kenali
Waktu kita bercinta
Mengapa tak seperti…dulu
Diwaktu kita bercinta

Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis dihati
Ingin ku lenyapkan
Namun di kejernihan air
Wajahmu ku terbayang

Tak percaya…kau berubah sekelip mata
Benar ku bagimu salah
Mungkin alasan semata
Takkan cinta
Hadirnya sekilas cuma
Yakin ku disudut hati
Aku masih kau cintai
Mengapa tidak seperti … dulu
Di waktu kita bercinta

Sepinya taman ini
Sunyilah lagi rintihan tangis dihati
Ingin ku lenyapkan
Namun dikejernihan air
Wajahmu ku terbayang......

suke sangat dengar lagu ni...lagu mak iti...:)