19 September 2008

Majlis Perbarisan Perpisahan...

Petikan dari Bernama 190908

Najib sebak tinggalkan Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR: Setelah 14 tahun berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini dengan sebak mengucapkan salam perpisahan kepada warga Kementerian Pertahanan dalam satu upacara di Wisma Pertahanan di sini.

Malah, ramai antara 2,000 orang kakitangan kementerian yang hadir khususnya penjawat awam, kelihatan menangis semasa Najib bersalaman dengan mereka.

Beliau bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua hari lepas dengan mengambil alih Kementerian Kewangan manakala Abdullah kini menjadi Menteri Pertahanan.

Upacara perpisahan didahului dengan Najib menerima tabik hormat sebelum memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota daripada Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja.

Najib kemudian menaiki kenderaan istiadat dengan ditarik oleh 20 pegawai berpangkat Leftenan Kolonel dan setaraf daripada ketiga-tiga cabang angkatan tentera Malaysia iaitu darat, laut dan udara.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Laut laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar. - Bernama

Salam....

Sedih gak time tu...TPM dah jadi Menteri Kewangan I..

0 comments: