26 April 2010

Perpisahan..

Salam..

hai uollllss...blog ni mcm x berapa nak update sejak dua menjak ni..bukan ape,kesibukan yang melanda kini membataskan untuk mencoret sesuatu di sini..cam skema jek.heheheh..


errmm..ape nak cite kali ni ek????Jumaat lepas salah sorang teman di opisss telah bertukar..walaupun hepy untuk dia kerana dapat pulang ke kampung halaman,tapi pada masa yang sama perasaan sedih tu tetap ade...yela,mana tak sedihnye dia banyak tolong dalam keje..bagi aku dia mudah untuk diminta bantuan..tetap tersenyum manis walau macam mana pun keje yang tiba..apepun, selamat bertugas di tempat baru untuk dia..moga suksess selalu walau di mana pun berada... perpisahan..erm,memang sesuatu yang menyedihkan...setiap pertemuan akan ade perpisahannya dan setiap orang tu berbeza penerimaannya tentang perkara tu..terus terang aku belum bersedia dengan mana-mana perpisahan..aku sayang dengan semua di sekeliling aku..family,kawan-kawan..semuanya begitu bermakna dalam hidup aku,betul-betul bermakna....:)

jadi,memang seharusnya kita perlu hargai dengan apa yang kita ade sekarang...sayangi ia dan semoga kasih sayang antara kami terus mekar selamanya...cedih la plak,ahakkzzz;P

20 April 2010

10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita

Salam.. Just nak share artikel ni yang saya dapat dari sini

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yan
g ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

pic dari sini

12 April 2010

Kenny Rogers Time..

Salam..

Memandangkan dah agak lama tak menhapdate blog...so,atas permintaan seorang teman..ahaks:P kali ni saye nak cite mase bersuke ria selepas opis hour..sebenarnye time ni dah agak lama gak,ade la dalam 3 4 minggu lepas...tapi lom basi lagi kan..hehhehe...

Kitorang kat opis memang selalu plan nak lepak2 pas keje..kalo cukup 1 geng lagi seronok,tapi tula selalunya memasing ade hal pas keje...so kesempatan untuk lepak2,borak2 release tension selalunye memang tak cukup korum pun...plan punye plan,hari tu saya,en nordin, gurlz behind the lens dan mak yati cadang nak lepak2 santai kat secret recipe..sampai2 jek kat Amcorp Mall, alih2 penuh le plak kat citu..last2 destinasi kitorg kat Mr Kenny aka Kenny Rogers...Walaupun hanye berempat,tapi memang happening sangat..kadang2 bende2 camni la ngn teman2 yang membuatkan kite lupa sekejap dengan masalah yang memang takkan pernah habis...kalau difikir-fikirkan mau agaknye tensionnn.. Jadi bile sekali sekala lepak2 camni orait gak kan...lagipun leh merapatkan hubungan persahabatan...tul x????

Kat sini nak share gambar2 time makan2 tu...memang sedap ditambah plak keseronokan ngn teman2...bertambah2 sedap ayam kenny tu...;)Harap2 pasni leh lepak2 lagi ngn korang sume...kite lepak tempat lain lak k:D


28 March 2010

Saya kebosanan 4 hari...

Salam..

aloo semua...hari ahad..ermmm,pagi2
cik abang saya kene outstation atas urusan keje...urusan KEJE tau...bukan urusan yang lain2..hihihi.itu memberi makna yang saya akan kebosanan selama empat hari tanpa sms si dia...panggilan pun maybe sekali sekala jekk..iskk,iskkk...sedihhhhhhh..

pagi2 hantar dia g opis sebelum dia bertolak ke airport...entah kenapa hati saya sayu sngat....mungkin sebab ini pertama kali saya dan dia berjauhan yang betul2
jauh semenjak kami berkasih-kasih,cewahhh.ahakzz..setakat ni yela kalao saya kene outstation,mesti dalam malaysia jekkk...rasenye ni pun salah satu dugaan alam pertunangan kot..berjauhan dan ianya menguji perasaan masing-masing..ermmm..cepatlah khamissss...

oklah,nak cite tentang perasaan saya untuk hari in jek...saya rindu dia...sejak tadi sebelum dia terbang,ade kat malaysia lagi saya dah mula rindukan dia....camnela nak mengharungi hari seterusnya ni lebih2 lagi tanpa sms dar
i dia....mesti bosannnn....jumpe lagi nnti....temankan saya 4 hari ni ek....c u!

27 March 2010

Salam Semua....

Salam...

Hari ni entah kenapa tetiba tergerak hati plak nak aktifkan balik blog yang dah lama aku tinggalkan...mungkin sebab adenye sesuatu yang mendorong aku jadi rajin untuk menulis kembali...terima k
asih kepada gurlz behind the lens dan en nordin ...kerana mereka la semangat aku untuk tulis sesuatu balik kat blog ni...

Dalam masa aku tak tulis blog ni..macam-macam bende berjalan dengan sendirinya...sekarang ni prepare macam-macam bende untuk "My Big Day" yang tak lama je lagi..dalam 62 HARI lagi!!!!Biar betull...Sekarang ni memang tak rase pape....macam tak percaya pun ade yang saat itu akan tiba...ntah-ntah sok nak nikah baru rase bersebar-debar kott..ahaksss!!tapi betula kata orang..alam pertunganan memang banyak sangat cabarannya..kene kuat untuk hadapi,kalo x silap haribulan ade gak yang tewas....Tapi apepun insyaAllah,kami akan sama-sama pertahankan perhubungan ni sampai ke saat itu yang dah lama kami nantikan....

Rasenye sampai sini jela..harap-harap pas ni ade la lagi post yang akan aku buat..jangan la separuh jalan je..hihihii...jumpe lagi,adios...:)


14 November 2009

Pameran Pengantin di PWTC

Salam...

hai uollss....hari ni pepagi dah kuar g pameran pengantin di PWTC..Sampai awal,nasib baik dah ramai yg sampai...bukan main ramai kat sane..sebab kebetulan ade majlis konvokesyen ngn pameran kerjaya jugak kalo xsilap.....gambar x snap plak...ade la jugak berkenan ngan beberapa promosi kat citu...sok kene g lagi,sbb nak book...arap2 pilihanku tepat...hihihii...

13 November 2009

Lame betul tak updateee....

Salam...

hai..lama betul xupdatekan..nak dekat setahun kot..hehehhehhe...rindu plak nak berblogging..entry kali ni nak kongsi pasal hari pra bahagia saye...hehehhe,my engagement ceremony:)layan je gambar-gambar ni ek..
.

ngan my nephew..Qaseh Ariana Sofea

saya...

hantaran..

18 March 2009

aloooo semua...

Salam..
i'm back!!!!!!!!!Setelah sekian lama tak mengupdate blog ni...saya kembali....hehhehehe..bukan ape, selain agak bz..intenet kat umah saya wat hal lak..problem memanjang...tu yang x update tu....kalo tak saya memang update blog ni kat umah je..ni terpaksa curi time keje jap,tapi xpe masih time rehat lagi..kui..kui..

oklah..saya letak gambar ni je untuk tatapan semua..hehehhe..tak de kene mengena pun...:) nanti saya update cite-cite terbaru lagi k....babai...

22 January 2009

Presiden Barack Obama

credit untuk pic dari sini

Petikan dari Utusan Malaysia Online-22 Jan 2009

Obama janji baiki hubungan dengan dunia Islam

WASHINGTON 21 Jan. – Presiden Barack Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.

Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.

“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.

P/S: Harap-harap adelah perubahannya kan...kite tunggu je la......

I'm Back!!!

Salam..


Hello semua...i'm back again..setelah sekian lama tak update blog ni..akhirnya berkesempatan gak,bukan ape uolls..internet kat umah tu problem la plak...sekarang ni cam dah ok jek,tu yang amik peluang tulis something kat cini....

Sebenarnya banyak sangat nak share kat sini,yela dah lama tak update,tiap2 ari ade je bende baru berlaku dalam kehidupan kitekan....tapi xdapat la nak letak semua kat sini..lagipun entry dah basi..xsyok la...huhuhuhu...

Cuma kat sini nak kongsi ngn uolls cite time aku g kursus sistem kat Langkawi baru-baru ni.....Kursus tu seronok la walaupun pada mulanye aku cam kurang seronok je nak gi...hehehhee...bukan ape,tetibe mengejut kursus kat langkawi kan..jauh tuuuu................

pemandangan dari hotel..cantikkan...

tapi akhirn
ya best la kursus tu..sebabnya aku g ngan geng2 yang memang sekepala.....korang memang best sangat!!!!!Seronok sangat ngn korang time kat sana...

Salah satu kedai yang kitaorang singgah...

Lelebih lagi korang tau kan
, langkawi kan ala-ala syurga untuk bershopping...kiteorg ape lagi tak lepas peluang borong ape yang patut kat sana....hehehheehehhe...abis gak la duit walaupun lom gaji lagi time tu....hehehhehe...

Hotel Bella Vista.....

Kat sini adela aku letak beberapa pic time kat sana...tak banyak pun,lagipun amik pakai kamera hp aku jek...korang layankan je la ek....

Oklah,nanti aku update lagi bile free dan harap2 internet kat umah dah ok sokmo....jangan la wat hal lagi....sekarang ni kat opis banyak sangat keje tunggu turn untuk disettlekan...pening kepala gak nak buat....ngan jem nye pulak time balik keje...bertambah-tanbah pening la jadinya...huhuhuhu.....

10 January 2009

Cerita makan lagi...

Salam...

aloo semua.....memandangkan lama betul dah tak update blog ni...entry kali ni nak kongsi gambar time saye makan piza ngan family ari tu...lama dah tak makan piza,tu yang tetibe ari tu teringin plak nak...lagipun orang belanjakan,bertambah sedap piza tu..hehehehhe......sedap dan amat mengenyangkan....tapi beberapa jam kemudian lapa balik..camne tu????hehehehehehhe....layankan jela gambarnye ye uolls...

air n sup cendawan sedap..
.
pizza..yummy yummy..

pic pizza lagi...

roti sedap...

31 December 2008

Happy New Year 2009!!!!

Salam..

Cepat betul masa berlalu...akhirnya tibe tahun 2009!!!!warrgghhhh,dah 2009 ke...dah muncul tahun 2009 ni maknenye kene ade azam baru la kan....aku rase azam aku tahun 2008 pun lom tercapai lagi,ni dah masuk tahun baru...tapi tak pe la..nak watcamne.. terpaksela aku carry forward azam aku yang tahun lepas tu ke tahun ni....hehehheheheheh...

aku sebenarnya dah set DUA azam tahun ni dan tahun-tahun sebelumnye..hehehehhe..sebenarnya sama je azam aku tahun 2009 ni dengan tahun 2008...yela,azam tak tercapai lagi kan..haruslah berusaha dengan lebih gigih lagi supaye azam aku yang sedia ado tu akhirnye tercapai...konon je kan aku ni...hahahah..

Tapi betul la, dah tahun baru ni semangat pun kene baru...kene berusaha untuk menjadi yang lebih baik lagi dari semua segi...Insyaallah....dan harap-harap azam aku yang dua tu dapat menjadi realiti tahun 2009 ni..amin.......

Dan tak lupa nak wish "HAPPY NEW YEAR" pada semua kawan-kawan dengan pertanyaan apa azam tahun ni??:)

Selamat Tahun Baru 2009..
kredit untuk pic dari sini....


Salam Maal Hijrah 1430 H

Salam..

Lama rasanya tak menulis kat sini....Diam tak diam kita dah menyambut tahun baru iaitu 1430 H....dan lagi sehari nak masuk ke tahun 2009..tu bermakna umur kite pun dah makin meningkat...bile difikirkan balik takut juge kan...yela,makin lama umur makin banyak...apepun semoga tahun baru yang mendatang ni kita berubah ke arah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...dan semoga segala yang diimpikan akan tercapai dan sukses selalu hendaknye..amin..

Salam Maal Hijrah ye kawan-kawan!!


kredit untuk pic dari sini..thanx...




04 December 2008

Harga minyak turun lagi....

Salam...

Lega rase bile PM umumkan minyak turun lagi...alhamdulillah,ringan sikit beban rakyat Malaysia kan...yela..sebelum ni harga minyak sampai RM 2.70...ayoooo,mahal tuuuuu.....sekarang dh tinggal RM 1.90..turun 10 sen...save la kan...ni merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak bulan Ogos lalu...pasni agak-agak ade turun lagi tak????



semua orang happy kan harga minyak turun!
gambar ambil dari sini.. tq!

McDonalds

Salam...

Amboi..sejak akhir-akhir ni asyik wat entry pasal makan je...ari ni saje nak citer lunch aku semalam...ape lagi kalo bukan McDonalds...semalam aku makan double cheese burger set medium...memang sedapp.....tp makan kelam kabut skit,sebab dah nak g meting..huhuuuhu...apepun enjoy mamam mcd..i'm love it:)


ni je yang berjaya di snap....lain dah selamat dah...hehhehehe

28 November 2008

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

Salam....


Aloo..ari ni punye entry sebenarnye dah agak basi...hhehehhee..sebabnye ni cite ujung mggu lepas...masa aku g Taiping Perak..jemputan sedara kawen kan....g ari sabtu,baliknye ahad.....time balik shah alam tu sepanjang perjalanan ujan punye le lebat..yela sekarang ni kan asyik ujan je lelebih lagi kat area lembah kelang ni..nasib baik sekarang ni musim cuti sekolah..kalo x memang jem le KL ni kan.....

Tapi yang aku nak cite kat sini bukan cite ujan, cite orang kawen ke apa...nak cite pasal 'mee udang banjir Kuala Sepetang' yang aku n famili makan time kat sane nun....bukan ape..kan orang asyik perkatakan pasal mee udang kat Kuala Sepetang tu kan..dah alang-alang ke Taiping ape lagi kiteorg gigih la cari jalan camne nak ke sana.....yela,sekali sekala g sana memang la x lepaskan peluang nak merasa mee udang yg orang kata famous tu kan....akhirnye cari punye cari....usaha kami berhasilll...

hhehehhehe.....memang kedai tu ramai orang...semua tengah merasa masakan yang berasaskan udang yang ala-ala selambak gitu...kalo x percaya korang layankan je la gambar kat bawah ni ek....memangla orang kata mee udang banjir,sebabnya udangnye memang banyak gile....

mee udang Kuala Sepetang....mee pun dah tak nampak...

close up ckitt...banyak gile udangnye kan uolls....

ni air aku order...sirap laici

ni dah separuh makan udangnye masih banyak lagi..xterhabis i makan...hehehhe...

P/S: Sekian cite pasal mee udang ye uolls....kalau uolls berkesempatan singgah le mamam mee udang kat sane..memang puas makan udang tauu....amboi siap promote lagi....heheheehhe.....ok c u.....

21 November 2008

Makan..makan..makan..

Salam..

hai semua..lately ni asyik bz je uoll...nak update blog pun x sempat,tapi jenguk blog kawan2 sempat plak...hehheheheh..aku bukan ape..suke sgt bace blog2 yang korang tulis....release tension kadang-kadang...

ok..hari ni punye entry nak cite pasal makan...aku tau megi x elok untuk kesihatan kan.....tapi kalo sekali-sekala xpe kot.....ari tu teringin sangat nak mamam megi...so,balik keje....selongkar ice box..hehhehehe..tgk ape ade leh letak kat megi....setelah berpenat lelah memasak makanan segere itu...hehehehhe..akhirnye siapppp!!!!ni aku letak hasilnye ek.....cedapppp...:)


megi kari...hehehhe...

13 November 2008

Berkursusnye saye..........

Salam....

Walaupun cite aku g kursus ni dah agak2 ketinggalan zaman punye cite sebab aku g kursus ni minggu lepas,baru sekarang nak wat entry ni,tapi xpela kan....kire halal la kan...hehehehhe...nak jugak kongsi kat cini..hihihi.....

Ok, minggu lepas 3-6 Nov aku kene g Kursus Penerbitan dan Perekaan Newsletter kat area PJ..ape tu ek????mule-mule memang tak tau kursus ni pasal ape,main pegi je...

Rupenye kursus ni pasal proses nak terbitkan buku atau buletin ke,majalah ke..semua bole..pastu kiteorg belajar camne nak design cover page sesebuah buku tu atau newsletter kalo ade yang kite nak terbitkan kat organisasi kite ataupun individu punye...

Ni le konon2 majalah yang akan aku publishkan...korang agak2 laku tak kalo jual??aku wat sendiri tau cover tu...

Ape yang dapat aku simpulkan sepanjang 4 hari g kursus tu...emmm,memang menarikla,belajar bende baru,yang seronoknye kite leh belajar nak design cover buku tu..kene kreatif baru cun..rupenye susah jugak buat buku ni ek...kite selalu main bace je....x heran pun pasal muke depan la...muke kedua buku ape yang kene ade...rupenye semua tu ade teknik n prosedure nak wat..bukan main letak je...memang aku tak tau pasal bende2 ni sangat sebelum ni..sekarang baru tau!!malu je kan...hihihi....

Lepas dah g kursus ni leh try2 wat artikel n wat buku ke,novel ke...manala tau leh jadik penulis terkenal ke nanti..hihihi..berangan je lebey...opsss..terlebih suda!!!hahhahahh!!

11 November 2008

Salam semua...

Salam..

Amboi, lama benar rase tak menulis sesuatu kat cini...bukan ape, sejak due menjak ni asyik x sempat je nk tulis kat blog ni..sedangkan idea bukan main banyak sebenarnye...cume tak berkesempatan je nak menulis...tp kalo ade mase tu memang suke sgt layan blog2 kawan2 yang lain...

Keje tiap-tiap hari memang banyak....banyak bende kene settle...minggu lepas pun ade kursus empat hari tak masuk ofis...dah nama pun cari rezeki kan..biase la tu kan and kene la tempuhi semua tu.....tak pe!!anggap tu semua sebagai cabaran!!!chaiyok!!!chaiyok!!!!heheheheh...

Ok, untuk permulaan setelah bercuti panjang dalam bidang penulisan ni..hehehhe...just nak kongsi ngn semua yang ari tu aku ade buat kek marble...resepi ni ambil dari sini...thanks Mat Gebu for the resipi!!!ade org puji sedap lagi!!!!heehhehehe...

Inilah rupenye kek Marble cedapppp tu......walaupun rupenye tak secantik macam resepi sebenar,tapi rase memang cedapp!!cube tau, jangan tak cube!!

22 October 2008

Sedih ma.....



mikhail cayanggg....

Salam....

Hari ni xtau knapa semua bende yang dibuat cam xkene....tetibe rase down sangat..sedih,geram,sakit hati..macam-macam,semua ade...rase diri ni cam x bergune pun ade...emmm,ntahla..sampai bile leh bertahan cam ni...ngn orang yang xtepati janji satu hal...macam2...

nasib baik bile balik ade khail...anak buah aku bucuk sorang tu..ilang sikit stress ari ni...cayang khail!!!iskkk...iskk..